Cari apa? Klik saya

Wednesday, June 13, 2012

Wedding of Abg Shah & Amoi

Sabtu (9.06.2012)  attending Majlis Perkahwinan Abg Shah And Amoi or 
nama barunya Puteri Nur Syuhada Bt Abdullah di Desa Rahmat, Tampoi.

Mereka telah bernikah pada pagi Sabtu pada hari yang sama. En husband saja yang menghadirkan diri pada majlis nikah tersebut.



Sebelum bersanding, pengantin lelaki "pergi" menjemput pengantin perempuan di homestay keluarga pengantin perempuan di Taman Pelangi. Mereka menetap di homestay kerana rumah keluarga perempuan di Batu Pahat.

* kalau pengantin lelaki pergi menjemput kat Batu Pahat sana pukul berapa pulak nak sanding kan??


Sebelum dijemput masuk ke rumah, ada sesi tol dulu..
Gate dikunci, untuk masuk ke rumah kena lepas tol dulu

Nasib tak kena balas-balas pantun,
kalau kena berpantun harus berpeluh menyusun ayat
hulur angpau je sampai family perempuan puas hati..



setiap satu angpow dapat satu kunci..
tapi semua kunci untuk gate lain

dalam 7-8 angpau baru abg shah dapat kunci  mangga yang sebenar..

abg shah n amoi
Lepas pengantin lelaki berjumpa dengan pengantin perempuannya, kami rakan-rakan pengantin lelaki mendapat angpow dari family pengantin perempuan.




si kecil Hani ni pon dapat angpow jugak..tq uncle



Kemudia ada sesi minum teh cina. 
Kalau ikut adat cina mungkin diorg minum arak, 
tapi sebab amoi dan masuk islam, family perempuan sediakan teh cina.


Pengantin lelaki dan perempuan memberi teh cina kepada kedua orang tua pengantin perempuan. 
Amoi turut mendapat barang kemas dari ibunya.

Puteri Nur Syuhada and family






say cheeeseeeeee



Selepas sesi bergambar, kami konvoi ke rumah keluarga Abg Shah di Desa Rahmat untuk majlis bersanding.
Tema keluarga pengantin lelaki Unggu Manggis Okeyy...
tapi lupa nak snap gambar.

with pengantin of the day


No comments:

Post a Comment