Cari apa? Klik saya

Tuesday, June 19, 2012

Puri brokoli

BROKOLI



Brokoli merupakan sayuran suku kubis yang berasal dari laut tengah. Brokoli merupakan sayuran yang rendah kalori. Sayuran ini juga kaya dengan kandungan gizi yang sangat bagus.

 Jom kita tengok kandungan yang terdapat dalam sayur brokoli ini dan khasiatnya.


Sumber dari: informasitips.com ›




Kandungan Gizi Brokoli

1. Brokoli mengandungi energi, karbohidrat, vitamin dan mineral yang berguna bagi tubuh

2. Brokoli merupakan sayuran dengan kalori yang rendah, rendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu, tinggi kalium dan rendah sodium. Tidak mengandungi kolestrol.Kalau tengah diet bagus makan brokoli ni sebab takde kolestrol...

3. Merupakan sumber serat yang sangat baik. kandungan serat dalam brokoli lebih banyak daripada serat yang ada dalam roti gandum. Serat ini sangat baik untuk sistem pencernaan.
Senang kata kalau makan brokoli dapat melancarkan proses penghadaman kita

4. Brokoli mengandungi folat. Folat merupakan salah satu vitamin yang sangat baik contohnya untuk ibu hamil.

5. Kandungan Vitamin C di dalam brokoli sangat tinggi dan akan mempermudahkan tubuh dalam menyerap zat besi.

6. Kandungan kalsium dalam brokoli hampir setara dengan kalsium dalam segelas susu.
 ( 7.18 mg kalisum brokoli = 120 ml kalsium susu )


Khasiat Brokoli

1.  Sayuran yang sangat bagus untuk melawan dan mencegah kanser
contoh: kanser payudara dan rahim bagi wanita

2.  Brokoli mampu menurunkan kadar kolestrol

3. Vitamin A dan vitamin C yang terkandung dalam brokoli bermanfaat sebagai antioksida, dapat memperbaiki sistem kekebalan tubuh dan maintain awet muda

4. Brokoli juga dapat membantu penglihatan mata dan menghindarkan penyakit katarak mata.

5.  Seratnya dapat dimandaat dalam mencegah sembelit dan gangguan pencernaan

6. Brokoli dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.
Pesakit kencing manis boleh mengambil brokoli sebagai pengganti nasi kerana sumber karbohidrat dalam brokoli lebih rendah daripada nasi.




Minggu lepas aku dah masukkan sayur brokoli dalam menu harian Hani. 
Alhamdulillah, Hani boleh makan sayur brokoli ni.


Puri brokoli Hani

1. Sayur brokoli dibasuh bersih dan dipotong

2. Kukus sayur brokoli

3. Lepas kukus, kita blend brokoli bersama sedikit air.

4. Simpan dalam bekas kecil @ kiub ais dan frozenkan. 

*bila nak guna pada hari esok, keluarkan puri dari peti beku dan bawak turun ke fridge bawah dan sedia untuk dibawa ke rumah BS.







puri brokoli + puri bubur


** harapan aku agar dapat memberikan Hani masakan dari air tanganku. Amin..

No comments:

Post a Comment