Cari apa? Klik saya

Tuesday, June 19, 2012

Hani 1st Solid Food


Salam..

Aku dah start bagi Hani makan. Usia Hani sekarang ialah 5 bulan 2 minggu.
Belum cukup 6 bulan lagi, tapi aku dah excited nak bagi Hani makan..
Kiranya, aku dah gagal dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk Hani sebab belum cukup 6 bulan lagi aku dah sumbat makanan dalam mulut Hani. 

Takpe, aku redha walaupun  gagal dalam misi penyusuan secara eksklusif ni, tapi Hani masih menyusu badan lagi sebab aku belum lagi bagi Hani minum susu formula.

Berbalik pada makanan pertama Hani, takpe ke bagi Hani makan awal???
Adakah hani sudah bersedia untuk diberi makan?




Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal? 

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
-Boleh-

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
-Hani boleh duduk dengan baik apabila dipegang-

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
-Yup..berat Hani dah naik 2x ganda dari berat semasa dilahirkan-

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.                                
Kalau orang tengah makan, mata dia akan aim pada makanan kita??As a mother, aku terpaksa sorok-sorok kalau nak makan, kesian bila anak tengok kita makan dengan mata yang bersinar (dengan harapan ada makanan yang masuk dalam mulut ) 


image from google

Maka pada hari Sabtu yang lepas (9.06.2012) aku telah merelakan diri bagi solid food untuk Hani walaupun Hani belum cukup 6 bulan. Hani makan dengan berseleranya.....
Terkejut ok kalau tengok!!!

Makanan pertama hani ialah puri carrot dan bubur nasi air tangan ibu..hehe (,")



Puri Carrot

2 batang carrot
air
steamer
blender

-carrot dibasuh bersih dan di buang kulit
-potong dadu agar cepat empuk
-stim carrot tersebut dalam 10-14 minit
-dah suam sikit, blend dengan sedikit air




*lepas dah siap blend, aku masukkan dalam mould plastik dan simpan dalam fridge.
Mould plastik haruslah dibalut plastik sebelum disimpan didalam peti sejuk beku.



carrot sebelum di kukus

Hani 1st solid food

yummy carrot puree

bila sudu dekat je ngan mulut dia Ngapp..ngapp




Good girl!!!

No comments:

Post a Comment