Cari apa? Klik saya

Thursday, June 14, 2012

Spaghetti of The Day

Salam Khamis ....


Semalam aku berpuasa, bila petang je tekak ni teringin nak makan macam-macam.
Tapi yang paling aku teringin sekali nak makan spaghetti.

Kat office lagi aku dah berkira-kira ada tak bahan tambahan
 untuk letak dlm kuah spaghetti kat rumah.


my homemade spaghetti


Bukan lokek nak makan kat luar, 
tapi aku fikir nak keluar maghrib-maghrib dengan bawak si kecil tu macam tak patut pulak, 
sedangkan botol sos Prego tu memang ada dalam fridge, tinggal panaskan je kalau bahan lain takde.

Balik je rumah lepas settlekan apa yang patut, 
aku menuju ke fridge tengok stok apa yang ada untuk letak dlm kuah spaghetti



aku ada carrot, daging cincang and hotdog untuk letak dlm kuah spaghetti


Bahan-bahannya:
mee spaghetti
air
minyak
bawang putih
bawang merah
Prego pasta sauce (fresh mushroom)
hotdog
daging cincang
carrot
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Panaskan air dalam periuk.
2) Air dah mendidih bolehla kita rebus spaghetti.
3) Bila dah angkat dalam tapis, tuang minyak sikit supaya spaghetti tidak melekat


tengah tunggu carrot dan daging empuk/lembut




Kuah spaghetti versi saya:

1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang putih dan bawang merah
3) Masukkan air secukupnya
4) masukkan daging cincag
5) masukkan carrot


* tutup periuk kalau nak bagi carrot dan daging cincang cepat lembut









6) Masukkan sos prego
7) kalau suka cair boleh tambah air lagi

**bagi yang suka masam, boleh letakkan buah tomato yang dipotong kiub

8) Selepas itu, masukkan garam secukup rasa.


Mudah je kann??







Selamat mencuba !!!












No comments:

Post a Comment