Cari apa? Klik saya

Wednesday, November 9, 2011

Wedding Ani

Hari Sabtu yang lepas,29 Oktober 2011 kami telah bertolak ke Kampung Parit Besar, Rengit Batu Pahat menghadiri majlis perkahwinan Ani dan pasangannya, Farid.

Kami :- aku, emak dan mr. husband bertolak dari Jb pada jam 11.30 am..
Pukul 1.00pm++ baru sampai Rengit.
Cuaca alhamdulillah sangat baik.


Tema majlis perkahwinan mereka ialah merah putih.




**Selamat pengantin baru kepada Ani dan pasangan..
**semoga bahagia selalu....Amin....

Thursday, November 3, 2011

Roti jala for tea time

Ahad petang yang lepas...telah siap satu menu minum petang yg tak berapa nak simple sangat laa...
"ROTI JALA"



Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
pewarna kuning

*kacau dan blend sebati

Bahan-bahan untuk Kuah Kari

Bawang Putih
Bawang Merah
Serbuk rempah kari ayam dan daging
Kentang
Carrot
Air
Santan
Garam secukup rasa

1. Tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dengan sedikit air. Goreng hingga sedikit garing.
3. Masukkan kentang dan carrot yang dipotong dadu.
4. Masukkan santan
5. Last sekali garam secukup rasa

Purples

Selamat pagi Khamis..
Hari Batik bagi kakitangan kerajaan..
Ada mesyuarat pengurusan di Dewan Dato Mahpor jam 8.40 pagi.

Kami yang berbaju unggu harini...



 Menu yang disediakan selepas selesai bermesyuarat..Alhamdulillah syukur...