Cari apa? Klik saya

Thursday, May 31, 2012

Jemput Oh jemput




Assalamualaikum


Selamat petang dan salam 1 Malaysia.
Pagi tadi tengah siap-siap nak pergi kerja hujan lebat turun di bumi Johor Bahru.
Hujan rahmat di pagi Khamis.
Kebetulan hari ini suamiku kerja petang, maka bolehlah aku mintak tolong pada en. suami untuk hantar Hani ke rumah bs.
Insyaallah Hani tak meragam sebab harini 1st time ayahnya tolong hantar Hani ke rumah bs.
Sebelum pergi kerja pun aku dah siap bagi Hani susu dan salin pampersnya.

Haaa, apa kaitan jemput-jemput dengan cerita Hani pulak kan.
Hani takde kena mengena dalam ini hal.hehehe

Jemput-jemput ni aku buat petang semalam untuk minum petang.
















Balik kerja sememangnya lapar. Apalagi, kita ngappp jemput-jemput dulu buat alas perut sementara nak tunggu makan malam.

















Aku makan jemput-jemput ni cicah ngan sos cair dan sambal tumis udang lebihan semalam.



With air milo panas



















buah betik as dessert



















Jom buat jemput-jemput.


Bahan-bahannya:

Tepung
Air
Garam
Telur
Udang kering
Bawang merah
Kentang
Serbuk Pewarna kuning

Cara-cara:
1. Campurkan tepung dengan air. Jangan cair sangat.
2. Blend tepung dan air bersama telur. Tujuan masukkan telur supaya tepung jemput-jemput ini gebu.
3. Titikkan sedikit serbuk pewarna kuning
4. Potong dadu bawang merah dan kentang.
5. Gaulkan bawang dan kentang bersama tepung
6. Masukkan garam dan udang kering. Gaul sebati.
7. Sedia untuk di goreng dalam minyak panas.


Jemput makan semua


































Selamat menjamu selera semua.

Wednesday, May 30, 2012

Family Day

Petang Ahad yang lalu
Pergi ke Pearl Puteri Habour Nusajaya..
Niatnya nak tengok matahari terbenam
Sampainya dah senja
Pemandangan hanya ditemani cahaya lampu nan malap

Pearl  Puteri Habour, Nusajaya







Hani yang good girl duduk dalam stroller
























Alang-alang kat Nusajaya
pergi ke Gelang Patah untuk makan malam
perjalanan ambil masa setengah jam
Menjamu selera di Saujana Seafood, Kg Pendas, Gelang Patah


Menu pilihan kami: Nasi putih, ikan siakap stim limau, ikan siakap 3 rasa,
sotong sambal, udang butter, kailan ikan masin dan tomyam campur

















Image from Google
Nusajaya: Iskandar Development 
















Tuesday, May 29, 2012

Roti jala

Assalamualaikum..





Pagi ahad yang lepas, aku telah mengirai roti jala untuk menu sarapan pagi kami sekeluarga..
Sekeluarga? Bukan ramai orang pon, aku makan berdua dengan encik suami sahaja.

Hani? belum boleh makan lagi, genap 6 bulan nanti aku akan masakkan makanan yang special untuk Hani.



Dulu masa kecik-kecik, orang jaga babysitter aku selalu buat roti jala. Aku suka makan roti jala yang garing.

Masa kecik mana suka makan kari, sebabnya kari pedas.Makanya, aku akan makan roti jala dicicah dengan susu.
Susu??Ye, susu pekat manis tu. Bayangkan tepung roti jala yang tawar kita cicah dengan susu yang manis kan sedap.

Roti jala garing + susu pekat manis = sedap  (masa kecik la)
Kalau tak percaya, korang cubalah. Cubalah bagi anak korang makan bagi mereka yang anaknya tak suka makan pedas.





Sekarang ni dah besar panjang, mestilah aku makan roti jala cicah dengan kuah kari.Lagi sedap kalau dapat sambal tumis sekali.






Hani Part 1







Aku telah selamat melahirkan puteriku pada hari Selasa 27 Disember 2011 tepat jam 4.32 pagi secara caesarean. mengikut tarikh jangkaan doktor pada buku check up yang warna pink tu, tarikhnya ialah 28 Disember 2011. Kiranya aku telah bersalin sehari awal dari tarikh jangkaan.

Pada 24 Dis -26 Dis 2011 (Sabtu - Isnin) aku berada di rumah mertuaku kerana cuti Hari Krismas. Hari Isnin 26 Dis 2011 jam 11.30 pagi aku dan suami dalam perjalanan balik ke Jb dari Kota Tinggi. Mak mertua sempat bekalkan akar kayu Siti Fatimah untuk aku rendamkan dalam air bila dah terasa sakit nak bersalin.Masa sampai dekat area Tiram je aku dah terasa something kat bahagian perut.Kejap sakit, kejap Ok.First time aku rasa sakit macam ni. Tapi aku buat dek jek sebab aku fikir aku lapar, tu yang menyebabkan perut aku sakit. Bila rasa sakit lagi aku tengok jam..baru aku perasaan, aku rasa sakit selang 10 minit. Inikah yang dinamakan contractions nak bersalin??Suami aku suruh call Angah(kakak ipar aku) untuk inform pasal sakit perut yang aku rasa tu..Angah cakap kalau rasa sakit kerap sangat, terus je pergi ke hospital.

Memandangkan due date aku lagi 2 hari, aku abaikan rasa sakit tu. Sebab aku fikir due date aku pada 28.12.2011 maka aku MEMANG akan bersalin pada 28.12. jugak..hehehehe..So, aku dan suami decide untuk terus balik rumah. Memula suami aku plan nak singgah ke Dsigno @ A-Mart nak survey DVD player.Bila dah tengok isterinya kejap sakit kejap ok, terus ubah plan dan balik rumah. Dekat rumah masih rasa sakit itu.Untuk mengurangkan rasa sakit aku bancuh air Milo dan makan roti untuk alas perut.

Lepas minum/makan aku baring-baring dulu.Bila dah baring-baring confirm la terlelap kann... Pukul 3 lebih aku bangun dari tidur dan rasa sakit itu telah pergi....Chewahhh.. Suami aku ajak pergi ke Larkin Perdana untuk makan tengahari kt rumah kawannya.Makan tengahari apanya kalau dah pukul 3. Tapi ktorang pergi jugak. (,")Sebelum keluar rumah, aku angkut sekali beg keperluan aku dan baby untuk standby dalam kereta.Kalau contractions kuat sangat memang aku nak terus gi hospital..dah tak nak tunggu-tunggu lagi..(^_^)

Ingat tak akar kayu yang mak mertua aku bagi tu??aku belum rendam lagi sebab kat rumah aku takde tupperware or bekas air yang besar untuk rendam akar kayu tu.

Settle masukkan barang dalam kereta, ktorang pergi Larkin Perdana untuk makan. Sebelum ke rumah Larkin sempat singgah beli goreng pisang dan air kelapa. Kebetulan dari Tiram lagi aku dah teringin nak minum air kelapa.Petua orang tua pon ada cakap kalau nak dekat bersalin, bagus minum air kelapa supaya bayi yang keluar nanti bersih kulitnya dari segala lendir yang melekat pada kulit bayi semasa bayi duduk dalam rahim kita. Menu makanan kami ialah nasi putih, ikan sardin dan sayur kangkung goreng. Lepas makan, lepak-lepak nonton tv. Haaa,,,construction datang lagi..aku tengok jam 15 minit sekali pulak..so aku biarkan je dan layan tengok tv sebab aku rasa aku masih boleh lagi tahan rasa sakit itu.

Pukul 6 lebih, aku dan suami pergi pulak ke rumah mak aku. Aku bagitau mak yang perut aku dah rasa sakit. Kejap ok, kejap rasa sakit balik. Aku cakap pada mak, kalau sakit jugak, lepas maghrib ni aku nak terus la pergi hospital.Mak kata sembahyang dulu baru pergi hospital. Aku sempat mintak mak bekas air yang besar untuk rendam akar kayu tu. Lepas sembahyang maghrib, rasa construction tu ada lagi, aku pon ajak suami pergi hospital. Time ni, perut rasa macam lapar, aku sempat jamah sekeping roti je. Lepas mak dah siap sembahyang, aku pon salam mak then kuar untuk pergi hospital. Aku cakap kat mak, sebelum gi hospital aku ingat nak singgah makan dulu sebab lapar.

On the way ke hospital, suami aku lalu Taman Kobena. Suami aku tanya nak singgah makan dulu tak?Sebab ade McD dekat Stesyen minyak Petronas tu.Aku cakap tak nak la makan dulu..lepas pergi check kat hospital baru kita pergi makan.Aku memang expect nak pergi check je kenapa perut aku kejap sakit kejap tak sakit. Memang tak jangka yang akan kena tahan wad, sebab tu aku cakap kat suami, lepas check, baru kita pergi makan.Lagi satu bila perasaan takut dah mula menular dalam diri, nak makan pon jadi tak selera walaupun perut lapar minta di isi..kesian baby umi..

Okeh, selesai sudah cerita Hani Part 1..Sempat ke aku makan?Dah bukak ke jalan untuk aku bersalin?Kenapa aku kena operation? Aku akan update dalam Hani Part 2.

Monday, May 14, 2012

Monday

                                                                      








                                                       glitter-graphics.com

Assalamualaikum..Bismillahhirrahmannirrahim.

Entry pertama untuk tahun 2012.
Aku telah lama tidak meng"update" blog kerana kekangan masa dan bz menguruskan si kecilku Nurhani Athilah.Entry mengenail Hani akan aku ceritakan kemudian.

Aku telah selamat melahirkan buah hatiku pada hari Selasa 27 Disember 2011 jam 4.32 pagi bersamaan
2 Shafar 1433H secara caesarean.Bermulalah tittle baru dalam kehidupanku.Umi kepada si kecilku Hani.

Selepas bersalin, aku telah mengambil cuti bersalin selama 3 bulan.Sepanjang tempoh berpantang aku telah
dijaga oleh ibuku dan juga keluarga mertuaku di samping suami tersayang.

Makanya pada 26 Mac 2012 aku telah kembali bertugas semula.26 Mac juga merupakan hari kelahiranku yang ke-26. Aku amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dalam usia 26 tahun aku telah mempunyai sebuah keluarga bersama seorang puteri permata hati. Alhamdulillah.