Cari apa? Klik saya

Thursday, May 31, 2012

Jemput Oh jemput




Assalamualaikum


Selamat petang dan salam 1 Malaysia.
Pagi tadi tengah siap-siap nak pergi kerja hujan lebat turun di bumi Johor Bahru.
Hujan rahmat di pagi Khamis.
Kebetulan hari ini suamiku kerja petang, maka bolehlah aku mintak tolong pada en. suami untuk hantar Hani ke rumah bs.
Insyaallah Hani tak meragam sebab harini 1st time ayahnya tolong hantar Hani ke rumah bs.
Sebelum pergi kerja pun aku dah siap bagi Hani susu dan salin pampersnya.

Haaa, apa kaitan jemput-jemput dengan cerita Hani pulak kan.
Hani takde kena mengena dalam ini hal.hehehe

Jemput-jemput ni aku buat petang semalam untuk minum petang.
















Balik kerja sememangnya lapar. Apalagi, kita ngappp jemput-jemput dulu buat alas perut sementara nak tunggu makan malam.

















Aku makan jemput-jemput ni cicah ngan sos cair dan sambal tumis udang lebihan semalam.



With air milo panas



















buah betik as dessert



















Jom buat jemput-jemput.


Bahan-bahannya:

Tepung
Air
Garam
Telur
Udang kering
Bawang merah
Kentang
Serbuk Pewarna kuning

Cara-cara:
1. Campurkan tepung dengan air. Jangan cair sangat.
2. Blend tepung dan air bersama telur. Tujuan masukkan telur supaya tepung jemput-jemput ini gebu.
3. Titikkan sedikit serbuk pewarna kuning
4. Potong dadu bawang merah dan kentang.
5. Gaulkan bawang dan kentang bersama tepung
6. Masukkan garam dan udang kering. Gaul sebati.
7. Sedia untuk di goreng dalam minyak panas.


Jemput makan semua


































Selamat menjamu selera semua.

No comments:

Post a Comment