Cari apa? Klik saya

Tuesday, May 29, 2012

Hani Part 1







Aku telah selamat melahirkan puteriku pada hari Selasa 27 Disember 2011 tepat jam 4.32 pagi secara caesarean. mengikut tarikh jangkaan doktor pada buku check up yang warna pink tu, tarikhnya ialah 28 Disember 2011. Kiranya aku telah bersalin sehari awal dari tarikh jangkaan.

Pada 24 Dis -26 Dis 2011 (Sabtu - Isnin) aku berada di rumah mertuaku kerana cuti Hari Krismas. Hari Isnin 26 Dis 2011 jam 11.30 pagi aku dan suami dalam perjalanan balik ke Jb dari Kota Tinggi. Mak mertua sempat bekalkan akar kayu Siti Fatimah untuk aku rendamkan dalam air bila dah terasa sakit nak bersalin.Masa sampai dekat area Tiram je aku dah terasa something kat bahagian perut.Kejap sakit, kejap Ok.First time aku rasa sakit macam ni. Tapi aku buat dek jek sebab aku fikir aku lapar, tu yang menyebabkan perut aku sakit. Bila rasa sakit lagi aku tengok jam..baru aku perasaan, aku rasa sakit selang 10 minit. Inikah yang dinamakan contractions nak bersalin??Suami aku suruh call Angah(kakak ipar aku) untuk inform pasal sakit perut yang aku rasa tu..Angah cakap kalau rasa sakit kerap sangat, terus je pergi ke hospital.

Memandangkan due date aku lagi 2 hari, aku abaikan rasa sakit tu. Sebab aku fikir due date aku pada 28.12.2011 maka aku MEMANG akan bersalin pada 28.12. jugak..hehehehe..So, aku dan suami decide untuk terus balik rumah. Memula suami aku plan nak singgah ke Dsigno @ A-Mart nak survey DVD player.Bila dah tengok isterinya kejap sakit kejap ok, terus ubah plan dan balik rumah. Dekat rumah masih rasa sakit itu.Untuk mengurangkan rasa sakit aku bancuh air Milo dan makan roti untuk alas perut.

Lepas minum/makan aku baring-baring dulu.Bila dah baring-baring confirm la terlelap kann... Pukul 3 lebih aku bangun dari tidur dan rasa sakit itu telah pergi....Chewahhh.. Suami aku ajak pergi ke Larkin Perdana untuk makan tengahari kt rumah kawannya.Makan tengahari apanya kalau dah pukul 3. Tapi ktorang pergi jugak. (,")Sebelum keluar rumah, aku angkut sekali beg keperluan aku dan baby untuk standby dalam kereta.Kalau contractions kuat sangat memang aku nak terus gi hospital..dah tak nak tunggu-tunggu lagi..(^_^)

Ingat tak akar kayu yang mak mertua aku bagi tu??aku belum rendam lagi sebab kat rumah aku takde tupperware or bekas air yang besar untuk rendam akar kayu tu.

Settle masukkan barang dalam kereta, ktorang pergi Larkin Perdana untuk makan. Sebelum ke rumah Larkin sempat singgah beli goreng pisang dan air kelapa. Kebetulan dari Tiram lagi aku dah teringin nak minum air kelapa.Petua orang tua pon ada cakap kalau nak dekat bersalin, bagus minum air kelapa supaya bayi yang keluar nanti bersih kulitnya dari segala lendir yang melekat pada kulit bayi semasa bayi duduk dalam rahim kita. Menu makanan kami ialah nasi putih, ikan sardin dan sayur kangkung goreng. Lepas makan, lepak-lepak nonton tv. Haaa,,,construction datang lagi..aku tengok jam 15 minit sekali pulak..so aku biarkan je dan layan tengok tv sebab aku rasa aku masih boleh lagi tahan rasa sakit itu.

Pukul 6 lebih, aku dan suami pergi pulak ke rumah mak aku. Aku bagitau mak yang perut aku dah rasa sakit. Kejap ok, kejap rasa sakit balik. Aku cakap pada mak, kalau sakit jugak, lepas maghrib ni aku nak terus la pergi hospital.Mak kata sembahyang dulu baru pergi hospital. Aku sempat mintak mak bekas air yang besar untuk rendam akar kayu tu. Lepas sembahyang maghrib, rasa construction tu ada lagi, aku pon ajak suami pergi hospital. Time ni, perut rasa macam lapar, aku sempat jamah sekeping roti je. Lepas mak dah siap sembahyang, aku pon salam mak then kuar untuk pergi hospital. Aku cakap kat mak, sebelum gi hospital aku ingat nak singgah makan dulu sebab lapar.

On the way ke hospital, suami aku lalu Taman Kobena. Suami aku tanya nak singgah makan dulu tak?Sebab ade McD dekat Stesyen minyak Petronas tu.Aku cakap tak nak la makan dulu..lepas pergi check kat hospital baru kita pergi makan.Aku memang expect nak pergi check je kenapa perut aku kejap sakit kejap tak sakit. Memang tak jangka yang akan kena tahan wad, sebab tu aku cakap kat suami, lepas check, baru kita pergi makan.Lagi satu bila perasaan takut dah mula menular dalam diri, nak makan pon jadi tak selera walaupun perut lapar minta di isi..kesian baby umi..

Okeh, selesai sudah cerita Hani Part 1..Sempat ke aku makan?Dah bukak ke jalan untuk aku bersalin?Kenapa aku kena operation? Aku akan update dalam Hani Part 2.

No comments:

Post a Comment