Cari apa? Klik saya

Friday, June 22, 2012

Tioman aku datang!!!

Salam..

Office aku akan buat Kursus Terapi Diri dan Aura Organisasi pada 27-29 Jun 2012 ni..
Berlokasi di Pulau Tioman - Mersing, Johor.
2nd time ni aku nak pergi ke pulau.....Pulau pertama yang aku dah pergi dulu Pualu Langkawi
Mode: tak sabar, (,")

So, aku dah meng-google tempat yang bakal aku pergi nanti
Juara Mutiara resort Tioman Island







Tunggu!!!!



**dalam excited nak pergi Tioman ni, aku tengah risau juga sebab Hani tengah demam sekarang. 
Harap-harap Hani cepat sembuh agar umi dapat tinggalkan Hani tanpa risau di hati,,chewahhh (^_^)

Legoland Malaysia





Legoland Malaysia is a theme park scheduled to open in NusajayaJohorMalaysia on September 15, 2012 with over 40 interactive rides, shows and attractions. It will be the firstLegoland theme park in Asia upon its establishment. It will be the centrepiece of a 5,500,000 sq ft (510,000 m2) integrated complex in the Nusa Cemerlang industrial park, within the Iskandar Malaysia economic region, consisting of a lifestyle retail centre, offices, hotels, service apartments and residential units.
The Legoland Hotel, a Lego-themed hotel located at the theme park and also the first to open in Southeast Asia, will open in the first half of 2014. The hotel is built under a management agreement between the company and LL Themed Hotel Sdn Bhd, a joint-venture company owned by Destination Resorts and Hotels Sdn Bhdand Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd. [2]
Legoland Malaysia targets 1.5 million visitors when it opens its doors.[3]

From Wikipedia, the free encyclopedia


Legoland ada buka kaunter pembelian tiket, bertempat di 


ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE (IMIC), 
Danga Bay, 
Johor Bahru

Pada Sabtu  23/06/2012 & ahad 24/06/2012 jam 2pm ~ 6pm.
 Setiap tiket/pass yang dibeli akan ada diskaun. Tiket adalah terhad, 1st in 1st out. 


Harga tiket untuk sekali masuk: 


DewasaRM140.00RM96.00
Kanak-kanak (3thn~11thn)RM110.00RM70.00
Warga emas (60thn keatas)RM110.00RM70.00



Syarat – syarat :-

·         Tiket boleh diwakilkan tanpa mengunakan ID diri yang lengkap, Tiket masih boleh bertukar hak milik sebelum anda mendaftar ketika pertama kali berada di legoland pada 15 september atau sebelum 31 disember 2012.
·         Perlu digunakan pada 15 september 2012 atau sebelum 31 disember 2012.  
·         Tiket tidak boleh digunakan untuk tahun 2013. Tiada pulangan duit balik.
·         Tiket boleh dibeli setiap hari kecuali hari rabu di kaunter legoland selepas (harga biasa). Tiket hanya sah untuk SEHARI**


Harga tiket untuk Pass/tiket tahunan :
TYPENORMAL PRICE% PRICE (23&24hb)REMARK
DewasaRM275.00RM245.00
Kanak-kanak (3thn~11thn)RM180.00RM210.00
Warga emas (60thn keatas)RM180.00RM210.00


Syarat – syarat :- 

·         Tiket boleh diwakilkan tanpa mengunakan ID diri yang lengkap, Tiket masih boleh bertukar hak milik sebelum anda mendaftar ketika pertama kali berada di legoland pada 15 september atau sebelum 31 disember 2012.
·         Untuk tiket / Pass tahunan, anda akan mendapat kupon sementara. 
·         Kupon ini mestilah digunakan pada 15 september atau sebelum 31 disember 2012.
·         Kupon sementara tidak boleh digunakan untuk tahun 2013. Tiada pulangan duit balik.
·         Anda akan mendapat KAD bersama gambar dan butiran diri. Kad ini sah dalam tempoh setahun atau 365 hari. 
·         Kad tidak boleh ditukar hak milik. Kad akan dapat pada hari pertama anda pergi ke legoland iaitu pada 15 september atau sebelum 31 disember. Perlu datang bersama dokumen pengenalan diri IC atau passport. Tidak perlu bawa foto, Pihak legoland akan menjalankan sesi fotoshoot disana.
·         Kemasukan anda ke legoland adalah percuma selama setahun.
·         Pass / Tiket tahunan akan dikeluarkan setiap tahun, tetapi harga tiket untuk tahun ini adalah yang termurah. Selepas ini pass tahunan akan naik harga RM300++ . Dan tiket adalah terhad. (T&S)
·         Contoh pengiraan tarikh sah Kad anda ialah. Jika anda datang untuk pertama kali adalah pada 20 Oktober 2012 maka tiket sah sehingga 29 oktober 2013. 


Butiran ringkas berkaitan legoland.

·         Akan mula dibuka kepada orang ramai pada 15 september 2012.
·         Waktu operasi untuk hari biasa adalah dari 8 pagi ~ 6ptg.
·         Waktu operasi untuk hari sabtu, ahad dan cuti umum adalah 10 pagi ~ 8 mlm.
·          Setiap RABU TUTUP.
·          Untuk maklumat lanjut dari pihak legoland, anda boleh menghubungi talian 07-597 8888
  

Sumber dari : 

Butje Saiyah Bt Rachmad Aris
Finance Department
Optosem Technologies Sdn Bhd
Tel : 07-334 1953 / 334 1951
Fax : 07-333 5420



Tuesday, June 19, 2012

Hani 1st Solid Food


Salam..

Aku dah start bagi Hani makan. Usia Hani sekarang ialah 5 bulan 2 minggu.
Belum cukup 6 bulan lagi, tapi aku dah excited nak bagi Hani makan..
Kiranya, aku dah gagal dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk Hani sebab belum cukup 6 bulan lagi aku dah sumbat makanan dalam mulut Hani. 

Takpe, aku redha walaupun  gagal dalam misi penyusuan secara eksklusif ni, tapi Hani masih menyusu badan lagi sebab aku belum lagi bagi Hani minum susu formula.

Berbalik pada makanan pertama Hani, takpe ke bagi Hani makan awal???
Adakah hani sudah bersedia untuk diberi makan?




Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal? 

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
-Boleh-

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
-Hani boleh duduk dengan baik apabila dipegang-

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
-Yup..berat Hani dah naik 2x ganda dari berat semasa dilahirkan-

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.                                
Kalau orang tengah makan, mata dia akan aim pada makanan kita??As a mother, aku terpaksa sorok-sorok kalau nak makan, kesian bila anak tengok kita makan dengan mata yang bersinar (dengan harapan ada makanan yang masuk dalam mulut ) 


image from google

Maka pada hari Sabtu yang lepas (9.06.2012) aku telah merelakan diri bagi solid food untuk Hani walaupun Hani belum cukup 6 bulan. Hani makan dengan berseleranya.....
Terkejut ok kalau tengok!!!

Makanan pertama hani ialah puri carrot dan bubur nasi air tangan ibu..hehe (,")



Puri Carrot

2 batang carrot
air
steamer
blender

-carrot dibasuh bersih dan di buang kulit
-potong dadu agar cepat empuk
-stim carrot tersebut dalam 10-14 minit
-dah suam sikit, blend dengan sedikit air




*lepas dah siap blend, aku masukkan dalam mould plastik dan simpan dalam fridge.
Mould plastik haruslah dibalut plastik sebelum disimpan didalam peti sejuk beku.



carrot sebelum di kukus

Hani 1st solid food

yummy carrot puree

bila sudu dekat je ngan mulut dia Ngapp..ngapp




Good girl!!!

Puri brokoli

BROKOLI



Brokoli merupakan sayuran suku kubis yang berasal dari laut tengah. Brokoli merupakan sayuran yang rendah kalori. Sayuran ini juga kaya dengan kandungan gizi yang sangat bagus.

 Jom kita tengok kandungan yang terdapat dalam sayur brokoli ini dan khasiatnya.


Sumber dari: informasitips.com ›




Kandungan Gizi Brokoli

1. Brokoli mengandungi energi, karbohidrat, vitamin dan mineral yang berguna bagi tubuh

2. Brokoli merupakan sayuran dengan kalori yang rendah, rendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu, tinggi kalium dan rendah sodium. Tidak mengandungi kolestrol.Kalau tengah diet bagus makan brokoli ni sebab takde kolestrol...

3. Merupakan sumber serat yang sangat baik. kandungan serat dalam brokoli lebih banyak daripada serat yang ada dalam roti gandum. Serat ini sangat baik untuk sistem pencernaan.
Senang kata kalau makan brokoli dapat melancarkan proses penghadaman kita

4. Brokoli mengandungi folat. Folat merupakan salah satu vitamin yang sangat baik contohnya untuk ibu hamil.

5. Kandungan Vitamin C di dalam brokoli sangat tinggi dan akan mempermudahkan tubuh dalam menyerap zat besi.

6. Kandungan kalsium dalam brokoli hampir setara dengan kalsium dalam segelas susu.
 ( 7.18 mg kalisum brokoli = 120 ml kalsium susu )


Khasiat Brokoli

1.  Sayuran yang sangat bagus untuk melawan dan mencegah kanser
contoh: kanser payudara dan rahim bagi wanita

2.  Brokoli mampu menurunkan kadar kolestrol

3. Vitamin A dan vitamin C yang terkandung dalam brokoli bermanfaat sebagai antioksida, dapat memperbaiki sistem kekebalan tubuh dan maintain awet muda

4. Brokoli juga dapat membantu penglihatan mata dan menghindarkan penyakit katarak mata.

5.  Seratnya dapat dimandaat dalam mencegah sembelit dan gangguan pencernaan

6. Brokoli dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.
Pesakit kencing manis boleh mengambil brokoli sebagai pengganti nasi kerana sumber karbohidrat dalam brokoli lebih rendah daripada nasi.




Minggu lepas aku dah masukkan sayur brokoli dalam menu harian Hani. 
Alhamdulillah, Hani boleh makan sayur brokoli ni.


Puri brokoli Hani

1. Sayur brokoli dibasuh bersih dan dipotong

2. Kukus sayur brokoli

3. Lepas kukus, kita blend brokoli bersama sedikit air.

4. Simpan dalam bekas kecil @ kiub ais dan frozenkan. 

*bila nak guna pada hari esok, keluarkan puri dari peti beku dan bawak turun ke fridge bawah dan sedia untuk dibawa ke rumah BS.







puri brokoli + puri bubur


** harapan aku agar dapat memberikan Hani masakan dari air tanganku. Amin..

Thursday, June 14, 2012

Spaghetti of The Day

Salam Khamis ....


Semalam aku berpuasa, bila petang je tekak ni teringin nak makan macam-macam.
Tapi yang paling aku teringin sekali nak makan spaghetti.

Kat office lagi aku dah berkira-kira ada tak bahan tambahan
 untuk letak dlm kuah spaghetti kat rumah.


my homemade spaghetti


Bukan lokek nak makan kat luar, 
tapi aku fikir nak keluar maghrib-maghrib dengan bawak si kecil tu macam tak patut pulak, 
sedangkan botol sos Prego tu memang ada dalam fridge, tinggal panaskan je kalau bahan lain takde.

Balik je rumah lepas settlekan apa yang patut, 
aku menuju ke fridge tengok stok apa yang ada untuk letak dlm kuah spaghetti



aku ada carrot, daging cincang and hotdog untuk letak dlm kuah spaghetti


Bahan-bahannya:
mee spaghetti
air
minyak
bawang putih
bawang merah
Prego pasta sauce (fresh mushroom)
hotdog
daging cincang
carrot
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Panaskan air dalam periuk.
2) Air dah mendidih bolehla kita rebus spaghetti.
3) Bila dah angkat dalam tapis, tuang minyak sikit supaya spaghetti tidak melekat


tengah tunggu carrot dan daging empuk/lembut




Kuah spaghetti versi saya:

1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang putih dan bawang merah
3) Masukkan air secukupnya
4) masukkan daging cincag
5) masukkan carrot


* tutup periuk kalau nak bagi carrot dan daging cincang cepat lembut









6) Masukkan sos prego
7) kalau suka cair boleh tambah air lagi

**bagi yang suka masam, boleh letakkan buah tomato yang dipotong kiub

8) Selepas itu, masukkan garam secukup rasa.


Mudah je kann??







Selamat mencuba !!!












Wednesday, June 13, 2012

Wedding of Abg Shah & Amoi

Sabtu (9.06.2012)  attending Majlis Perkahwinan Abg Shah And Amoi or 
nama barunya Puteri Nur Syuhada Bt Abdullah di Desa Rahmat, Tampoi.

Mereka telah bernikah pada pagi Sabtu pada hari yang sama. En husband saja yang menghadirkan diri pada majlis nikah tersebut.



Sebelum bersanding, pengantin lelaki "pergi" menjemput pengantin perempuan di homestay keluarga pengantin perempuan di Taman Pelangi. Mereka menetap di homestay kerana rumah keluarga perempuan di Batu Pahat.

* kalau pengantin lelaki pergi menjemput kat Batu Pahat sana pukul berapa pulak nak sanding kan??


Sebelum dijemput masuk ke rumah, ada sesi tol dulu..
Gate dikunci, untuk masuk ke rumah kena lepas tol dulu

Nasib tak kena balas-balas pantun,
kalau kena berpantun harus berpeluh menyusun ayat
hulur angpau je sampai family perempuan puas hati..



setiap satu angpow dapat satu kunci..
tapi semua kunci untuk gate lain

dalam 7-8 angpau baru abg shah dapat kunci  mangga yang sebenar..

abg shah n amoi
Lepas pengantin lelaki berjumpa dengan pengantin perempuannya, kami rakan-rakan pengantin lelaki mendapat angpow dari family pengantin perempuan.




si kecil Hani ni pon dapat angpow jugak..tq uncle



Kemudia ada sesi minum teh cina. 
Kalau ikut adat cina mungkin diorg minum arak, 
tapi sebab amoi dan masuk islam, family perempuan sediakan teh cina.


Pengantin lelaki dan perempuan memberi teh cina kepada kedua orang tua pengantin perempuan. 
Amoi turut mendapat barang kemas dari ibunya.

Puteri Nur Syuhada and family






say cheeeseeeeee



Selepas sesi bergambar, kami konvoi ke rumah keluarga Abg Shah di Desa Rahmat untuk majlis bersanding.
Tema keluarga pengantin lelaki Unggu Manggis Okeyy...
tapi lupa nak snap gambar.

with pengantin of the day


Thursday, June 7, 2012

Is it TRUE?

Darah

Apa jenis darah anda?


received from Nurliana Ramli



















Boleh percaya ke personaliti mengikut jenis darah dalam jadual ni?
Aku rasa aku percaya sebab banyak yang betul dalam kumpulan darah aku.

Korang pulak??

Tuesday, June 5, 2012

Morning Monday


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,  
  
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.  


Ya Allah Ya Tuhan Kami,    
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.  
Aminn..