Cari apa? Klik saya

Monday, October 31, 2011

Ombak Rindu

                                                                copy from Google

Pernah baca novel nii??? Novel ini merupakan karya Fauziah Ashaari keluaran Alaf 21.
Cerita ini akan ditayangkan pada 1 Disember 2011 di pawagam.
Tak sabar nak tunggu kemunculannya....sebulan je lagi...

Bagi sesiapa yang dah lupa, boleh baca dulu sinopsisnya di sini..

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat
kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha mengambil tugas
memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak cik Taha banyak berhutang.
Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang
tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz).
Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan
mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah,
akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya
mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal
akhirnya menggugat kebahagian Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu??


**Untuk melihat scene dalam filem Ombak Rindu korang boleh search di sini
www.izamirridzwan.com/.../filem-ombak-rindu-lakonan-aaron-aziz-lisa-surihani/ -

No comments:

Post a Comment