Cari apa? Klik saya

Thursday, September 27, 2012

Ada berani??


If you are feeling bold and want to live life on the edge then give Insano a whirl, the tallest water slide on Earth. Located in Fortaleza , Brazil , this 14-story water slide was built in 1989 and still holds the record as the tallest water slide. It only takes a few seconds to slide down, plenty of time for your heart to end up in your throat.
 

kalau saya tidak la berani rasanyaa



mak tolonggggggggggggg!!!!!!!!!

fuhhhh...



Sepetang di Melaka


Perjalanan yang tak disangka
Bergerak ke Melaka pukul Tiga
Sampai jam lima tiga puluh lima di Durian Tunggal

Sepetang yang tak disangka
Dapat menjamu selera di Umbai, Melaka
Makan ikan bakar, asam pedas, sotong sambal , sayur kangkung dan udang butter.
Alhamdulillah rezeki Allah swt


Ikan bakar PARAMESWARA..hari Isnin tutup


macam-macam pilihan ada





Dalam perjalanan ke Jb, tidur dengan lenanya...
Thanks for the trip!!







mode: waiting for the next trip please..


Happy born day Hani

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi

Pejam celik-pejam celik Nurhani Athilah sudah berusia 9 bulan.
Terasa cepat waktu berlalu.
Tiga bulan akan datang akan menginjak ke angka satu

Bermacam keletah sudah ditunjukkan
Akan bertambah lagi keletahnya dari semasa ke semasa
Sekarang sudah pandai berdiri sambil lepas tangan, inginkan perhatian
kepala terhantuk bucu meja, kerusi, jatuh katil..maafkan umi kerana kurang berhati-hati
Ketawa melekek-lekek bila digeletek
Mulut mengunyah bila tengok orang makan, dia pun nak makan sama

Syukran, sembilan bulan yang tidak banyak ragam





Tahun depan Hani akan jadi kakak
Happy birthday sayang umi ('")


Happy birthday kak long...



Wednesday, September 26, 2012

Bf wedding

Assalamualaikum

Old entry yang baru nak di postkan...

Hari Jumaat, 1.06.2012 merupakan hari pernikahan my bestfriend 
Wan Fatimah Wan Mamat dengan Abdul Kadir. 
Percintaan selama 8 tahun telah termeterai dengan ikatan perkahwinan. 

Majlis pernikahan telah berlangsung pada jam 9 pagi. 
Masa aku sampai kat rumah Wan, orang dah start bacaan doa untuk memulakan majlis.

setelah selesai majlis akad nikah




Hantaran dari pihak perempuan



Hantaran dari pihak lelaki










Pelamin di rumah pengantin











pose comel dari Wan yang gediks






attending majlis nikah Wan with Yan






















      Majlis Persandingan

--->> pada 2 Jun (Sabtu) aku ada 3 majlis persandingan yang perlu di hadiri.

1) Shira dekat Kluang
2) Wan dekat Taman Sri Pulai
3) Aini dekat Jalan Padang 3, Stulang Baru



Majlis persandingan Aini























semoga berkekalan hingga akhir hayat kawan-kawanku....Amin.





Thursday, September 20, 2012

bABY eXPO

yesss!!!!
Baby Expo kembali lagi at Danga City Mall Johor Bahru...

boleh la survey2 barang for our next baby (^_^) 


Friday, August 3, 2012

SURAT BERANTAI DAN PENJELASANNYA


SURAT BERANTAI DAN PENJELASANNYA

Sila baca hingga keakhirnya. Ada keterangan berkenaan asal-usul penulis surat berantai yang dimaksudkan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia.


Soalan


Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan Ustaz?


Jawapan


Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah ( s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.


Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al-Quran?


Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita akan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.


Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.


Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.


Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.


Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya di sekolah rendah lagi dan mungkin sudah bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan di atas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.


Wallahu'allam.


--------------------------------

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD.


Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).


Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.


Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881 - meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932 - meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934 - bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967 - meninggal dunia 1979).


Bekas Menteri Besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 20 orang kawannya.


Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".


(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).


Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan, Pahang pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah s.w.t dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah s.a.w serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam".


Selain itu, "surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ajaran Baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".


Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat"


Sesungguhnya para ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa disedari oleh si-pengirim.


HENTIKAN MENGHANTAR E-MAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA SEDARI DAN INSAFLAH SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA.

Zalimnya mereka


Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!
 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

"Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan," ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

"Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti."

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan," tambah suami Jinan. "Kami yakin dengan keputusan kami." lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang 'Satu Keluarga Satu Anak' diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. "Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi," tambahnya. "Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini."

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
 
---------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER NOTICE: This email, including any attachment(s), is intended only
for the individual or entity named above. It may contain information that is
confidential and privileged. You are hereby notified that any dissemination,
distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error, please notify us immediately by return email
or telephone +607-5973399 and destroy the original message. Thank you.


--